PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not nnecessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Wednesday, September 23, 2009

"KHRON RATCHANAREN versus TOK RAJA"

Tok Raja, adakah ianya membawa sebarang pengertian kepada anda ? Siapakah Tok Raja yang dimaksudkan ? Siapakah yang memulakan gelaran terbabit ? Apakah makna di sebalik gelaran tersebut ? Itulah persoalan-persoalan yang sering bermain di bibir-bibir peminat barangan mistik Thailand ( Thai Amulets ) . Istilah TOK RAJA merupakan frasa yang sinonim dan sering dikaitkan dengan KHRON RATCHANAREN atau nama Buddhistnya PUNNASUVANNA MAHATHERA yakni, Luang Phor Khron atau Than Chau Khun Khron dari Wat Uttamaram, Kampung Teresek Repek, Pasir Mas, Kelantan. Darul Naim.

Intihanya, pengertian sebenar TOK RAJA sering disalahtafsirkan oleh segelintir masyarakat. Pada tanggapan sesetengah pihak, frasa TOK RAJA adalah gelaran pangkat yang dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan kepada Luang Phor Khron. Gelaran TOK RAJA ini dikatakan dianugerahkan oleh DYMM Sultan Kelantan kerana mengenang jasa-jasa Than Chau Khun Khron kepada DYMM khususnya dan Kelantan amnya. ( tiada siapa yang mengetahui jasa-jasa sebenar yang dimaksudkan di sini ) Hal ini demikian kerana semasa hayat baginda, DYMM Sultan Kelantan acap kali dilihat turun padang dan mencemar duli bagi mengunjungi Than Chau Khun Khron di Wat Uttamaram. Kunjungan kerabat DYMM Sultan Kelantan tersebut menjadi buah mulut masyarakat Kelantan pada ketika itu dan ( Siam, Cina , dan Melayu ) dan kunjungan DYMM pada ketika itu disambut dengan hamparan karpet merah.  

Gambar-gambar kenangan semasa DYMM Sultan Kelantan mengunjungi Tok Raja Khron.

Persoalan yang ingin saya kupaskan di sini ialah, setelah Tok Raja Khron meninggalkan kita ( Parinibanna ). DYMM juga acap kali dilihat mencemar duli dan mengunjungi Phra Kru Ariyasangworn, Phor Than Lek, Wat Ariyakiri, Kampung Pauh Lima, Aril. Sehinggakan jalan berturap tar yang ada sekarang adalah ikhsan DYMM Kelantan kepada penduduk-penduduk di sekitar Pauh Lima dan Aril. Selepas Tok Raja Khron, gelaran Tok Raja Lek menjadi bualan setiap bibir masyarakat Thai, Cina dan Melayu pada ketika itu.

Ketokohan dan kehebatan Tok Raja Lek juga tidak kurangnya berbanding dengan Tok Raja Khron. Sepeninggalan Tok Raja Khron maka Tok Raja Leklah yang menjadi tempat galang ganti para penduduk Kelantan yang beragama Buddha untuk mengadu nasib ! Ramai yang membeliakkan biji mata mereka apabila saya memperkata dan menyebut frasa TOK RAJA KHRON dan TOK RAJA LEK. Mungkin ada yang menyumpah seranah saya dengan menuduh dan melabelkan saya sebagai dangkal @ cetek ilmu dan mungkin sesat , apabila memperkata tentang Than Chau Khun Khron. Mungkin ada juga yang terguling-guling sambil ketawa terbahak-bahak apabila memikir akan KEBODOHAN dan KEDANGKALAN saya itu. KUPASAN GELARAN TOK RAJA TOK RAJA merupakan frasa yang terbina daripada gabungan 2 kata akar yakni;
TOK + RAJA = TOK RAJA
 
TOK = Mengikut Kamus Dewan, edisi ke-3 membawa pengertian, TOK CA atau TOK CAI iaitu dialek Kelantan dan Terengganu yang bermaksud SAMI SIAM. RAJA = Mengikut Kamus Dewan, membawa pengertian, orang yang mengetuai dan memerintah sesuatu negara, gelaran bangsawan, orang yang berkuasa dan juga membawa maksud orang yang besar pengaruh dan kuasanya dalam sesuatu lingkungan kawasan. Secara tuntasnya, dapatlah disimpulkan bahawa frasa TOK RAJA, sebenarnya bermula daripada klausa TOK CA RAJA @ TOK CAI RAJA, yang membawa pengertian .....seorang sami yang mulia bertaraf tinggi yang bukan sahaja disegani malah menjadi ketua kepemimpinan masyarakat yang mendiami kampung berhampiran wat.

Kepopularan , ketokohan dan kehebatan Than Chau Khun Khron pada waktu itu ( zaman prekemerdekaan - sebelum merdeka ) menjadikan gelaran TOK CA RAJA digunaka pakai untuk merujuk kepada seseorang Sami Siam @ Buddha di sesuatu kawasan atau lingkungan wat yang ditadbirnya. Gelaran terbabit diguna pakai bukan sahaja di Kelantan malahan di beberapa buah daerah di Selatan Thai, Pattani khususnya. Peredaran masa yang berlaku, terutamanya pada era pascakemerdekaan panggilan dan gelaran TOKCA RAJA telah disingkatkan menjadi TOK RAJA dan gelaran sedemikian terus menjadi satu frasa yang lengkap dan telus apabila merujuk kepada sami siam atau Buddha. Sekiranya anda singgah di warung-warung kopi di sekitar Kelantan cubalah merisik-risik golongan pertengahan umur ( 50an ke atas ) tentang frasa TOK RAJA. Terutamanya dalam kalangan penduduk masyarakat Melayu atau Thai. Ternyata anda akan kecewa kerana mereka tidak kenal siapa itu TOK RAJA ( Than Chau Khun Khron….kecuali penduduk-penduduk di sekitar Teresek, Repek of course ! ). Apabila mengutarakan frasa TOK RAJA, jawapan yang anda akan perolehi adalah berbentuk soalan soal balas yakni, TOK RAJA ( Tokca atau sami ) yang manakah yang saudara maksudkan ? Banyak TOK RAJA – Tokca @ Sami di Kelantan ini, sami mana satukah yang saudara dimaksudkan itu ? TOK RAJA Kampung Beruk ( Wat Pothiviharn ) ? TOK RAJA Kampung Jubakar ( Wat Machimaram ) ? atau TOK RAJA Kampung Pauh Lima ( Wat Ariyakiri ) ?

 Natijahnya, pada penduduk-penduduk era prekemerdekaan, frasa TOK RAJA membawa pengertian dan konotasi yang berbeda berbanding dengan golongan-golongan muda pascakemerdekaan. Golongan-golongan muda ini lebih senang dan selesa dengan gelaran TOK RAJA apabila merujuk kepada Than Chau Khun Khron. Begitu juga jadinya dengan ejaan perkataan KHRON. Terdapat segelintir golongan muda yang sering memandang enteng ejaan perkataan tersebut. Pada tanggapan mereka suku kata yang membatang perkataan KHRON adalah tidak penting.

Hal ini demikian kerana mereka-mereka yang daif ini tidak pernah didedahkan kepada frasa sebenar yang tepat dan sepatutnya. Cuba anda bayangkan pada suatu hari, nama anda disebut / dipanggil / diintonasikan dengan bunyi yang pelik dan tidak seperti yang tertera pada kad pengenalan diri anda. Apakah tindakan anda ? Marah bukan ? Sudah tentunya kita akan melenting dan cuba membetulkan kembali kesilapan itu. Sebagai renungan bersama, ternyata terdapat beberapa versi ejaan yang diguna pakai oleh golongan muda apabila merujuk kepada Than Chau Khun Khron. Sebagai contoh ; KRON, KROON, KRONE, KRUN, KRUNE, KHRUN, dan KHRONE malah ada yang mengejanya sebagai KHROON. Sedangkan ejaan yang sebenar yang afdal / tepat ialah KHRON .

Hal ini demikian kerana nama surat atau nama rasmi Than Chau Khun Khron ialah KHRON PUNNASUVANNA MAHATHERA. Nama ini terpampang pada papan tanda pada pintu utama ke balai penyembahan Wat Uttamaram. Papan tanda yang tertera nama Than Chau Khun Khron terbabit sudah pun tergantung dan terpampang di pintu utama balai terbabit semenjak bangunan tersebut digunakan secara rasmi lagi….sudah sekian lama tergantung di situ, memang lama ! Namun tiada siapa antara kita yang mengambil pusing dan endah tentang perkataan, frasa dan klausa yang digunakan. Pada kita ia tidak membawa sebarang pengertian yang MELABAKAN ( menguntungkan ! ). Siapa peduli ? Persetankan semua itu, perkara yang maha penting ialah mengaut keuntungan yang berlipat ganda yang diperolehi hasil daripada JUALAN tangkal, azimat, dan patung-patung peringatan Than Chau Khun Khron.


Papan tanda pintu masuk balai penyembahan utama


Bukan itu sahaja, terdapat juga laman-laman web dan blog yang sambalewa dan menggunakan ejaan secara semberono apabila merujuk kepada TOK RAJA. Sebagai contoh;
TUK RAJA = TUK + RAJA TUK RAYA = TUK + RAYA
 
TUK = Mengikut Kamus Dewan, adalah singkatan kepada kata ATUK atau DATUK yang membawa pengertian seseorang yang merupakan bapa kepada ayah atau ibu seseorang. Pengertian kedua pula ialah, hantu atau puaka yang atau penunggu kepada sesuatu tempat. RAYA = Mengikut Kamus Dewan, muka surat 1111, RAYA membawa pengertian besar, melata, bergerak dengan perlahan-lahan, dan berjalan membuang masa. Sekiranya kata RAYA di gabungkan dengan TUK, ---> TUK RAYA, membawa maksud seorang datuk yang besar, atau datuk yang bergerak dan berjalan perlahan-lahan. Bagaimana pula sekiranya RAYA di gabungkan dengan HANTU --->HANTU RAYA, membawa pengertian hantu besar peliharaan untuk menjadi pengawal ( suruhan ) tuannya . Sebagai intiha, gelaran Tok Raja merupakan gelaran umum yang boleh diguna pakai untuk semua sami ( panggilan kepada sami terutamanya di Kelantan, Terengganu malah di beberapa daerah di Selatan Thai ). Gelaran terbabit diguna pakai di Kelantan dan beberapa daerah di Selatan Thai yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu. Namun, dasawarsa ini, gelaran Tok Raja telah sebati dan sinonim apabila kita memperkatakan Than Chau Khun Khron.

Gelaran Tok Raja Khron ini telah diterima pakai oleh pencinta-pencinta barangan mistik dari serata pelosok tanah air termasuklah di daerah-daerah Selatan Thai. Malah, saya sendiripun lebih selesa menggunakan panggilan Tok Raja apabila merujuk kepada Khron Ratchanaren. Tepuk dada, tanya selera ! Kupasan demi kupasan telahpun diutarakan terpulanglah kepada kita semua untuk menilainya. Sebagai seorang pencinta barangan mistik yang masih setahun jagung ( baru dan tidak berpengalaman ).

Kupasan dan perbincangan yang diutarakan tidak lain tidak bukan hanya untuk perkongsian semata-mata dan bukannya ingin berlagak pandai atau menunjuk-nunjuk. Sekiranya terdapat perbincangan atau fakta yang melencong atau tersasar daripada landasan perbincangan, adalah dimohon sesiapa di luar sana yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan untuk membetulkan saya. Kecil Tapak Tangan Nyiru Saya Tadahkan !
(***Sudi ditegur dan menerima nasihat***)
“Nak Mor Phor Thit Sat Tho, Punnak Suvanno, Phrak Sithi May”

Sadhu ! sadhu ! sabbe satta sukhita hontuk !
Wie.sukhihotu09 !